Rabu, 10 Februari 2021

SEPERTI MEREKA

aku ingin banyak amal seperti ismail kamus,

alim ilmu seperti zulkifli,

tawadhu' seperti ali zainal,

puitis dan halus seperti pahrol,

bijaksana seperti asri,


kerana aku melihat bibit-bibit sunnah pada perilaku mereka,

bertaburan dapat aku cantumkan,

seolah contoh perilaku nabi dapat ku cantumkan, 

yang terlihat pada para-para du'at agama yang ku kenal,


aku kagum dengan mereka dan ramai lagi.

aku cuba menjadi seperti mereka.

Jumaat, 26 Januari 2018

Mr. SUAMI

Masa first year degree Laws IIUM, seorang member pernah tanya, dil bila kau nak kawin?

Aku just jawab, sebelum 5th year nanti insyaAllah.

Tak sangka Allah betul-betul maqbulkan jawapan aku tu. Sincerely, aku tak ada apa-apa niat atau keinginan sangat pun nak kawin masa tu, tapi kata-kata tu kan doa. nah sekarang dah termakbul. amekau..

2.10.16 - TUNANG
30.6.17 - NIKAH
1.7.17 - MAJLIS BERSANDING

Daripada salah satu warna dalam kehidupan aku ni, perkahwinan telah banyak membuat aku belajar banyak, & semua ni mematangkan lagi aku yang hingusan ni. So aku nak sharing sedikit sebanyak ilmu yang aku telah timba dari kertas dan pengalaman, setelah beberapa ketika menjadi suami kepada seorang isThree.. hehe..

1. AKU BELAJAR MEMBUAT PILIHAN
Dalam perkahwinan kau akan perlu banyak membuat pilihan. Trust me, everything is about choices & with every choices come consequences. Kadang-kadang, tiba-tiba kau kene berubah jadi Dr Falsafah jap nak buat pilihan, semua kene timbang tara betul-betul. Nak ada anak tak nak ada anak. Nak beli sesuatu barang kene fikir 5,6 kali. Nak berenti kerja taknak berenti kerja. Nak beli rumah taknak beli rumah. Semuanya kene timbang betul-betul kan. sebab apa, sebab tanggungjawab tu atas bahu kau yang memimipin arah tuju keluarga ni. Tak macam bujang, tersilap pilihan takpe, tak effect sape pun, kau nak beli moto tak nak beli moto ada sape kisah? sebab semuanya kau belanja kan untuk kau & kau. Tp tidak dalam perkahwinan, wang dalam poket kau kene bahagi pada bahagian isteri, anak, rumah, kereta & so on. So dengan banyak berfikir dalam memilih ni la aku belajar mengawal keperluan & kemahuan. Belajar mengurus tanggungjawab, kerja dan hak-hak keluarga. & dengan itu aku semakin celik dalam mengurus, merancang kewangan dan masa untuk diri & keluarga.

2. REZEKI
Dulu aku tak percaya, Dulu aku tak yakin dengan rezeki Allah dan macam mana dia mudahkan kau untuk buat benda baik. Now dont get me wrong. Bukan aku tak percaya rezeki Allah, tapi aku rasa aku tak betul-betul faham Dialah yang menjadikan dari tiada kepada ada dengan sekelip mata jika dia berkehendak. & Aku tak maksudkan yang bila kau nak kahwin tetiba dapat sejuta turun dari langit, kau kene usaha dulu bro. Tapi selepas tu kau akan nampak macamana Tuhan tu dia akan bukakkan kita pintu -pintu rezeki Dia yang kita tak sangka-sangka pun. As for me, aku kerja macam-macam nak kumpul duit untuk kahwin, dan aku sangat tak sangka macam mana Tuhan bukak kan peluang untuk aku cari rezeki-rezeki ni dalam masa yang singkat. Jadi pada korang yang nak berkahwin, 1. Kene Kerja dulu cari rezeki. usaha. crack your head dulu macamana nak cari rezeki dalam kapasiti dan keadaan korang. 2. Baru korang akan nampak lepastu macamana Tuhan tolong bukakkan pintu rezeki. InsyaAllah dia akan bukakan pintu rezeki, kene banyak-banyak doa dan tawakkal pada dia.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).

Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya.

Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Dan jangan ingat rezeki tu hanya dalam bentuk duit, tak semestinya. Kadang-kadang Allah bagi dalam bentuk nikmat-nikmat yang lain. Sebagai contoh, masa aku kahwin duit kat tangan cukup-cukup je, aku selalu doa minta Tuhan mudahkan rezeki aku untuk bernikah ni, walaupun duit habis untuk majlis banyak, tapi Alhamdulillah hadiah kami dapat daripada majlis pun banyak. Dan hanya dengan hadiah pemberian orang datang kondangan tu, boleh kata rumah kami hampir lengkap semuanya barang elektrik dan keperluan asas. Tu bila aku kira-kira semula, cantik betul susunan dan bantuan Allah letak tu. Kene pada masanya dan sesuai tempatnya.

"Ingatlah.
Rezeki Allah itu tidak semestinya nampak, tapi ia ada..
Rezeki Allah itu tidak semestinya banyak, tapi ia cukup..
Rezeki Allah itu tak semestinya yang kita nak, tapi yang kita perlu.."

3. ISTERI
Aku harap-harap isteri aku terbaca la entry ni. haha. Sebab aku nak puji dia ni. First of all, aku nak puji isteri aku sebab dia sudi bersama aku susah dan senang through thick & thin (literally thick n thin haha.) sbb aku lebar betul skrg lepas kahwin.. kah kah.. n isteri lah sbnrnya org yg main peranan paling penting dlm kau nak melalui bahtera rumahtangga ni. Dia yang boleh menaikkan engkau, dan dia jugak lah orang yang paling senang boleh jatuhkan engkau. Sebab dialah orang yang kenal kau inside out. Dia hidup dengan kau, makan dengan kau, tidur dengan kau dan most of rahsia kau dia tahu. Aku nak ucapkan terima kasih yg teramat pd dy sbb selama aku kenal dy hinggalah anak dlm kandungan dh 5 bulan skrg, dia setia pd aku dan always have my back walaupun kadang-kadang dia tak tunjukkan dalam bentuk kata-kata tapi dengan tindakkan.



Of course isteri kita tak sempurna. Tak ada orang sempurna. Kalau kita sentiasa mencari kelemahan isteri kita, kita akan jumpa. dan jika kita sentiasa mencari kelebihan isteri kita, kita juga akan jumpa. Aku seorang yang idealistik. Dulu Aku seorang yang idealistik, everything about marriage dalam kotak fikir aku ni has to be ideal macam cerita dalam novel. But when reality hits you, you will know ada benda yang boleh kita capai ada benda yang tuhan dah tetapkan sebegitu. So adapt, and improvise. Kenapa aku cakap pasal benda ni, sebab perkahwinan aku juga tidak lah sempurna. Suami dan isteri sama-sama makhluk tuhan yang pernah rasa marah, cemburu, bosan dan lain-lain. Inilah realiti dalam perkahwinan yang kita kena terima disamping kebahagiaan dan benda baik-baik dalam perkahwinan akan ada benda yang sukar dan menguji perkahwinan itu. Masing-masing kene adapt dan cuba untuk faham pasangan masing-masing.

Selalulah baca doa ini,
ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين اماما.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-Furqan: 74)

I would say at the end of the day, kita hanya inginkan ketenangan. Bila balik rumah, kita rasa rumah itulah tempat kita dapat melupakan segala masalah, dan isterilah tempat kita mengumpulkan kembali semangat untuk terus berkerja dan menghadapi dunia.


4. MAK AYAH & MENTUA
Untuk orang yang nak kahwin, atau teringin nak kahwin, ketahuilah korang bukan hanya berkahwin dengan isteri, tapi juga keluarga isteri. Sebab tu lah bila kau lafaz "Aku terima nikahnya" sudahpun haram ibu bagi isteri kita untuk dinikahi dan dia sudah menjadi seolah-olah ibu bagi darah daging kita sendiri. Dulu aku just dengar orang cakap macamtu, sekarang aku rasa sendiri. Sebagai lelaki untuk strike balance antara keluarga kau dengan keluarga isteri bagi aku agak susah, kerana kita takbolehtak mesti ada inclination untuk melebihkan keluarga kita sendiri. & wife korang pun mesti ada inclination yang sama. Sebab tu kadang-kadang hanya sebab isu baik kampung siapa pada raya first pun boleh sampai bercerai berai. Bukan sebab isu balik kampung sebenarnya, tapi isu nak melebihkan keluarga siapa. Disini kesefahaman came into picture. Kalau tak boleh cari titik persefahaman tu memang susah lah. Apa yang boleh aku nasihat dalam hubungan suami isteri ni, yang penting bukanlah SIAPA menang. Tapi apa yang KITA boleh menang bersama.

& As for every family mesti ada culture and custom mereka sendiri. Kau tak boleh expect family baru kau kene faham kau macam family kau sendiri faham kau. Everything is about adapting with a new culture coz no matter what setiap keluarga ada falsafah yg berbeza. Adapt & adapt tapi jangan sampai kau letgo core principle dalam diri kau. Aku seorang yang agak introvert sbenarnya, jadi aku ada sedikit masalah nak rapat dengan orang baru dalam hidup aku, tapi nasib baiklah ada few siblings isteri aku ni yang aku kenal. Jadi dia memudahkan proses untuk rapat dalam family baru aku. Apapun, cintailah keluarga baharu korang seperti darah daging korang sendiri.

5. UTAMAKAN YG UTAMA
Wei, kalau dah kawin ni, otak kene jadi macam orang 10 tahun lagi tua dari kau. Bukan lagi buda-budak yang nak cuba-cuba dalam dunia. Bukan nak sonok-sonok, sebab perkahwinan bukan seronok macam yang kita fikirkan. Keseronokkan dalam perkahwinan adalah bila Tuhan memberikan Ketenangan dalam rumahtangga itu. Bila kau merasa cukup. & Jangan sekali-kali compare diri korang dengan orang lain yang ajet-ajet enjoy life sebab tak kahwin lagi. haha. Hidup adalah berkenaan pilihan dan rezeki. Jika kau memilih sesuatu jalan, maka Tuhan akan memberi nikmatnya dengan sesuai jalan tersebut, dan begitu juga jika kau memilih jalan lain, Tuhan akan menyempurnakan ni'matnya sesuai jalan itu. Ni'matilah apa yang dikurnia, bekerja lah untuk apa yang tiada. Nikmat berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata adalah satu ni'mat yang terindah seorang manusia yang tak dapat digambarkan.

Panjang pulak aku membebel macam orang tua. Just nak nasihat budak-budak couple islamik, dengar ni aku nak gitau. Marriage is the phase where Life is about to get real. Semuanya tentang tanggungjawab dan bukan untuk seronok-seronok. Macam dalam movie spiderman, masa scene Pakcik Spiderman gitau dia sebelum dia mati kene hambat dengan pencuri, With Great Power Come Responsibilities. Aku ingat lagi kata-kata tu sejak aku tengok cite Spiderman tu masa darjah dua. Korang darjah 1 masa tu apa korang tau..


Khamis, 18 Ogos 2016

Siapa Kita?

Dalam separa sedar manusia ni sedang membuat database personal dirinya sendiri. Kita tak pernah sedar. Sebenarnya setiap perilaku, cara jalan, gaya-gaya bercakap, memek muka dan setiap sifat peribadi adalah hasil surrounding kita. Sebab tu hadis sebut faabawahu yuhawwidanih au wanassiranih au yumajjisanih. Mak ayah sebagai orang yang paling lama ada dengan kita semasa membesar sebenarnya yang bentuk sifat anak-anak. Jangan salahkan anak mencarut kalau mak ayah memang bercakap kotor. Pada saya ini sebab kukuh kenapa kita tak boleh bersikap terlalu judgemental dengan orang, just kerana mereka tersilap dalam mebuat pilihan. We never know how they were raised.



Yang bersifat introvert selalunya ada karakter yang lebih asli sebab mereka sendiri kurang bergaul bermakna mereka kurang pengaruh luar. Namun sekali jika mereka punya idola, mereka akan copy paste sifat orang itu kerana kekagumannya tersebut. Jadi masing-masing harus memilih surrounding yang baik sebenarnya. Sebab orang-orang yang bersama dengan kita adalah kita. Cara mereka bercakap, gaya bahasa, malah memek-memek dan gaya-gaya juga akan kita adapt jadi personaliti sendiri tanpa sedar. Tak semua, tapi selalunya mcmtu. Sebab itu "bi'ah" yang baik itu penting, Betul, kawan dengan semua baik dengan semua. Tapi jangan pernah rapat dengan semua. Saya define rapat ini bila seseorang luangkan majoriti masanya dengan orang tersebut. Sampai ke isu rakan kerja juga kadang kala perlu dikira-kira, kerana rakan kerja itu nanti yang akan banyak memberi pengaruh attitude. 

Jadi hati-hati, memilih kawan. Jangan ambil mudah. Bukanlah kau kene jadi terlampau memilih kawan, Just berpada dan beringatlah. Siapa kau? Orang sekiling kau adalah kau. Kalau kau tak nak ikut mereka sekalipun, aura mereka akan meresap kedalam kau, dalam kau sedar ataupun tak sedar.


Jumaat, 10 Jun 2016

Pengurusan Harta Islam

       Statistics shown yang setiap tahun berjuta properties dalam kalangan masyarakat melayu islam dibekukan. Ini sebab setelah kematian si mati, tidak ada pun proses pengalihan berlaku. Dalam bahasa omputeh kita panggil "the frozen estates". Bukan karipap frozen, tapi harta frozen kerana tidak ada proses pewarisan berlaku. In 2005, 900,000 out of 6.2 million of land masih didaftarkan diatas nama tuan tanah yang telah mati. Pada 2012, jumlah claim yang tidak dituntut terhadap harta si mati telahpun mencecah RM45 billion. Itu tidak termasuk claim insurance, EPF, cash money yang tidak dituntut dsbg.

      Now, what is so bad dengan frozen estates? dalam kacamata kerajaan, ia jelas memberi kesan buruk kepada kutipan cukai tanah dan sebagainya, hasil daripada pembekuan aset, banyaklah cukai-cukai yang tidak dapat dituntut. Tetapi the real issue adalah kepada keluarga itu sendiri. Jika dibiarkan kaddaan ini beterusan, harta-harta tersebut akan semakin sukar untuk diuruskan pengagihannya. Ada setengah kes faraid di Malaysia, sudah melangkau 2 hingga 3 lapis generasi, kadangkala maklumat waris-waris generasi sebelumnya jadi sangat sukar diperoleh dan menyebabkan proses pengagihan harta itu pincang dan terbantut.

     Islam sebenarnya telah menggariskan estate planning yang lengkap dan memudahkan sebelum dan sesudah kematian. Antaranya ialah melalui Wasiat, Hibah & Faraid. Hibah ataupun nama omputeh nya Gift intervivos ni ada banyak kelebihan berbanding instrumen-instrumen lain, First sebab hibah ni senang. Jika bercakap dalam aplikasi undang-undang, faraid dan wasiat ada akta dan enakmen khusus yang perlu dipatuh dan prosedur yang pelbagai.  Pengurusannya pula memerlukan sedikit kos guaman. Hibah tidak ada enakmen khusus, jadi tidak ada apa-apa dokumen yang perlu didaftarkan. Namun, sekiranya Hibah ingin disahkan atau dicabar kesahihannya, Mahkamah Syariah di setiap negeri boleh mengeleuarkan perintah untuk mengesahkan sesuatu proses hibah itu.

         Hibah hanya boleh dilakukan ketika masih hidup dan sebahagian besar pendapat mengatakan tidak boleh disyaratkan hibah berkuat kuasa setelah mati. Ianya satu transaksi langsung yang tidak boleh ditangguhkan. Adapun hibah ketika saat sakit ingin mati 'maradhul maut', boleh dicabar kesahihannya dipentas mahkamah dan mempunyai had & limitasi hanya 1/3 dari jumlah kesuluruhan harta si mati. Yang bagusnya hibah boleh dibuat pada ahli keluarga sendiri atau bukan ahli keluarga, dan boleh dibuat hingga seluruh jumlah harta si mati (sekiranya dibuat bukan ketika maradhul maut) yang mana tidak boleh dibuat pada wasiat kerana wasiat pada ahli keluarga sendiri mempunyai limitasi 1/3 harta sahaja. Faraid pula tidak boleh diakukan pada bukan ahli keluarga.

       Diatas maslahat-maslahat masyarakat islam pada hari ini, telah diperkenalkan konsep Hibah amanah. Setengah pandangan mebenarkan konsep ini adapun setengah menegahnya. Hibah amanah ni adalah pemberian harta si mati yang dilakukan selepas matinya pemilik harta diatas amanah orang ketiga. Ianya lebih istimewa daripada hibah biasa kerana ia boleh dilakukan selepas kematian pemilik harta. Daripada segi syara' terdapat fatwa-fatwa yang berlainan pendapat berkenaan keharusannya kerana ketiadaan 'taking posession' ketika transaksi dilakukan. So jika kita mengambil pendapat yang membenarkannya, ia juga satu instrumen yang baik terutama sekiranya ada keperluan tertentu untuk memberi harta kepada bukan ahli waris.

      Nak cerita islam ini sebenarnya lengkap govern semua issue kehidupan manusia dari sekecil-kecil isu hingga sebesar-besar urusan kehidupan. Jangan neglect isu wealth management ini sebab ia akan bagi kesan buruk pada keluarga selepas kematian nanti. Perpecahan dan rasa tidak puas hati akan timbul bila proportion dan hak-hak tidak jelas kepada ahli-ahli pewaris harta.


Khamis, 9 Jun 2016

THOUGHTS

         Pengalaman saya dalam mebaca kes-kes shariah berkenaan keretakkan rumah tanggga selalu buatkan saya mendapat deep thoughts dan kerutan kening yang dahsyat tentang apa yang terjadi. Sedih sebenarnya, membayangkan kalaulah perkara-perkara itu berlaku pada keluarga sendiri, Nauzubillah min zalik.. bukan sahaja hidup suami isteri terganggu, anak-anak juga akan paling banyak kena tempias. Walaupun saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap, tapi setelah melalui banyak fakta-fakta kes ini, membuatkan saya merasa perlu berkongsi sesuatu. haishh..



        Antara sebab yang paling cliche sebuah perceraian dimohon oleh isteri, biasanya ialah disebabkan poligami. & yang peliknya memang selalu suami yang berpoligami tak dapat melunaskan nafkah zahirnya dengan baik. Saya berani katakan 2/3 dari seluruh perceraian yang berlaku diseluruh malaysia ini berpunca dari perkara yang sama ini. Jadi ukurlah baju dibadan sendiri, sekiranya lelaki benar-benar 'mampu' dan dibenarkan mahkamah untuk berpoligami, maka laksanakanlah tangungjawab itu sebaiknya.

       & melewati affidavit-affidavit dari pihak suami, banyak yang mengadu ke mahkanah yang isteri suka merendah-rendahkan dan membelakangi suami. Yelah, lelaki ni kan ada sifat memimpin dan ego nya, Figura itu lah yang jadikan susuk lelaki memimpin dalam keluarga. Sang isteri tak boleh ambil itu, kerana kalau isteri ambil, maka hilanglah voice of command dalam sesuatu institusi. الرجال قوامون على النساء itulah sepatutnya prinsip.

       Nusyuz, walau cliche perkatan itu, tapi itulah faktor primer keretakkan tersebut. Puncuk pangkalnya isteri kene dipimpin, jangan memimpin, jika rasa something salah dia harus bagi cadangan bukan arahan.

       Membaca sebab-sebab suami kepada keretakkan rumah tangga pula saya simpulkan sebagai suami yang sebenarnya tak mahu berhenti enjoy ataupun suami yang tidak mahu berhenti menikmati lifestyle bujang nya dulu. Keluar malam dengan kawan-kawan, balik rumah sehingga 2,3 pagi, hubungan sulit merata perempuan, belakangi keluarga dan macam-macam lagi, ini tanda suami yang masih belum matang dan sebenarnya tak dapat melupakan cara hidup nya ketika muda. Lelaki punya sifat kuat melupakan masalahnya. Sebolehnya jika ada masalah dia akan diam kerana dia tak mahu masalah itu berbekas dan ganggu hidupnya, kerana itu mungkin lelaki-lelaki yang tidak biasa hidup dengan tanggungjawab akan rasa terbeban, lemas, rimas, cemas, dengan hidupnya yang terbeban itu. Semakin banyak komitmen dibahunya semakin dia akan berusaha melupakan tanggungjawabnya itu. akarnya, kalau suami betul-betul serius menjaga tanggungjawanya InsyaAllah kepincangan dan keruntuhan famili tu tak berlaku.

       Bukan apa, kos guaman sudahlah mahal, prosesnya rumit naik turun mahkamah dan pastinya mengheret dan mendera mental suami isteri dan paling penting anak-anak. Pihak mentua masing-masing pun jadik stress. Menyedapkan rempah ratus, macam biasa mesti ada jugak yang rajin mulutnya menjadi pengulas berita mensensasikan cerita di kenduri-kenduri kahwin dan majlis keluarga, aihh.. malu.. kalau nak disebutkan banyak sangat kesan buruk dari penceraian. 

       Jadi jangan lah mudah-mudah bila rasa penat dengan perkahwinan, terus nak seek for divorce. Ambik lah masa untuk berfikir selama yang boleh. Sebab lepas dah keruh rumahtangga tu, for sure its not easy to rebuild the family again. Who have gone through they knew, that things are easiest said than done.

       Kalau dah keruh, bukan sehari dua nak sembuh, even dah elok mesti ada parut berbekas. Sebab tu selagi boleh, marah macamnapun jangan luahkan kemarahan tu, sebab kadangkala benda yang diluahkan ketika marah tu akan berbekas dkt hati pasangan kita, sedangkan kita tak berniat pun untuk katakan. There are words that should remain unspoken. Sakit tu mesti tetap ada walau dah bertahun-tahun jadi. 


       & i always believe in hope, harapan. bagi saya harapan selalu jadikan kita kuat. InsyaAllah pecah mana pun nakhoda kene ombak, mesti boleh baiki. and I always pray for those problematic family supaya Allah bagi hidayah dan kekuatan untuk orang-orang di dalam tu terus kuat. Mesti ada jalan keluar, mesti ada. 
Innama'al 'usri yusra.. 

Rabu, 8 Jun 2016

Ramadhan bersama tanda-tandanya.


Setiap ramadhan Allah meng uji hambanya sehingga ter uji. Teruji imannya dengan nafsu makan. Teruji amarahnya dengan dicebik, teruji matanya dengan wanita, teruji jiwanya dengan beratnya ibadah.

Aku melihat dugaan-dugaan ini macam seolah tuhan sengaja beri tanda, kau perlu ini, kau perlu itu. Hati kau rosak ini dan rosak itu.

Hamba diuji dengan kesempitan waktu. membuat dia berfikir dia tidak punya masa untuk beramal. Bila lapang, katanya tak punya semangat pula untuk beribadah. Saat getir katanya ada prioritas yang lebih utama, Saat tiada kepentingan katanya berilah aku waktu untuk berehat seketika!
Maka berlalulah 'seketika' ditiup suram kelalaian.
[Yunus : 11-12]

Ah.. Jiwa sering saja tidur. Mata tidur jiwa tidur, mata celik jiwa tetap tidur. Diheret mata mengensot di perkataan-perkataan mu'jiz, Gagal terhubung saraf mata dan hati. Bukan kerana kelam dengan dosa, tapi kerana malas menelusuri tanda. Diheret meleret hiburan, terhubung pula lantas erat mata dan hati.
Kata hukama yang dihati = itulah dimata.


Jadi, Formula apakah lagi yang dapat memberi harapan kepada iman?
Bagiku tuhan tidak pernah memberi formula, Dia memberi tanda.
Tanda yang buat kau terhantuk
terdiam
terduduk
dan kadangkala menangis
dan mungkin kadangkala tanda itu begitu kecil tetapi ia sangat menyenangkan hari-harimu
Tanda-tandanya banyak dan simple..
sesimple simple akal prasekolah juga boleh menghadamkan.
Yang penting belajar dari apa yang berlaku di sekeliling kau
dan terus mencari..
mungkin saat kau membaca quran, dia tunjukkan
mungkin saat kau di dalam mimpi dia sedarkan
mungkin saat kau diselamatkan tuah daripada maut, dia mengajak kau berfikir lagi tentang tuah
mungkin saat kau sesat dia meberi lintasan hati dan jalan keluar
Akarnya tanda itu selalu ada dan dekat pada jiwa yang mencari
pada jiwa yang mengharap
dan pada jiwa yang ingin benar kepada tuhanNya

Dimana kau mencari dia, selagi itu dia terus memberi tanda-tandaNya.




Ahad, 6 Mac 2016

Kematangan

" hikmatus syuyukh wa hamasatus syabab"

1.     Pengalaman dan belajar. Bagi ku dua ini menjadi fragmen penting meruncing kematangan. Memang seronok melihat jiwa muda semangat berkobar menongkah arus dihadapannya. Namun, hemah nyata kadangkala hilang dan terluput. 

2.    Aku belajar melihat ramai manusia. Walaupun aku bukan lah sesiapa untuk menilai sesiapa. Manis senyuman kadangala pahit maknanya. Lembut tutur kadangkalala jahat sifatnya. Mereka memakai pakaian-pakaian agama, tapi syirik sulaman benangnya. Menyampingkan ingin diri disamping rambu-rambu eksekutif. Mereka memakai pakaian-pakaian agama, tapi lusuh pudar jahitan dan sulamannya. Kata yang tak serupa kerja. Kerja yang bermalas-malasan. Berehat-rehatan. Lalu berjalan seorang yang keliru, adakah ini AGAMA?

3.    Aku hanya mampu mengkaca matakan senario hidup ke dalam pemahaman tipis ku terhadap tuhan. Namun sedikit aku melihat banyak. Banyaknya ujian ke sana.
Usahlah tergopoh gapah, mendayung sampan di laluan nakhoda-nakhoda gergasi dan merasa lebih gah walhal kekurangan. Hidup ini pernuh warna, hiduplah dengannya. Pasti akan ada warna yang menambah seri mukamu. Jangan tergopoh kearna tiada siapa yang memperkecilkanmu.

4.    Lalu berkata, Aku memberi bukan kerana mata yang memandang. Aku berjasa bukan untuk dirujuk penjasa.
berfikirlah dengan jiwa bukan nafsu. Kerana nafsu itu adalah keanak-anakkan. Dan jiwa itu adalah kematangan.


Buat, pelayar jauh di lautan pasifik…