بسم الله الرحمن الرحيم
Moga sedia
membuka hati..
Dan menyerap dengan teliti..
Kerna hati kita selalu mengeras..
Hitam dan menghitamkan..
Maka Allah, lembutkanlah ia..
Sebagaimana Daud melembutkan besi..
Supaya apa yang kami baca ini tidak berlegar sekadar
tulisan..
Akan tetepi titisan embun yang menyegar iman..
Pada hati dan jiwa..
Surah Al-‘Asr ialah antara surah paling pendek di
dalam quran. Tersangat pendek sehingga kita boleh baca kurang lebih 10 saat sahaja.
Namun disebalik seruan 10 saat ini, tersurat dan tersirat di dalamnya rangkaian
hikmah yang menggunung, method bagaimana nak elak diri
dari terjerumus ke dalam sifat-sifat orang yang rugi, dan nanti kita akan lihat
bagaimana pemurahnya Allah dengan kita kerna kerja yang Allah pinta sedikit,
tapi ganjaran balasnya teramat banyak!! Juga di dalam surah ini banyak
mengandungi elemen evaluasasi diri, dan yang paling penting jika kita melalui
dan memahami mesej sebenar di sebalik kalimah-kalimah tersebut dengan kefahaman,
pasti akan terusik di hati kita syahdu nya jiwa kerana terlalu lama bernyaman
di atas muka bumi tua ini. Walhal nafas seterusnya belum tentu milik kita.
Maksiat dan dosa-dosa semalam hampir lupa dan terasa biasa. Sedang jam di
tangan terus berdetik menghampiri saat dikafan dan disolat, tidak pun lelah
berputar masa apatah lagi menunggu kita sekejap. Dan kita masih leka dengan
seronok dunia, leka bermain, dari bangkit lena hingga melelap mata. Kita tidak
sedar bahawa sekadar dan semata tuju yang kita sibuk ingin capai selama ini
hanya pangkat, harta, dunia, wanita, kehebatan, sampai quran pun hampir tiada
masa untuk dibelek apatah lagi dibaca dan difaham, qiamullail dan bangun malam
seolah semakin mustahil dan tersangat asing bagi kita. Lepas solat juga tiada
masa untuk doa, adapun doa sepintas lalu kerna ada lagi urusan yang lebih
penting. Apatah lagi zikir selepas solat. Sering saja muncul alasan untuk
kecualikan diri dari beribadah. Dalam kita tak sedar bahawa telah lama rupanya
kita begitu menjauh.. Menjauhh.. Sehingga lafaz Allahu Akbar tika mengangkat
takbir pun kita masih gagal merasa insaf dengan kebesaran Allah. Sungguh di
dalam surah Al-a‘sr ini Allah mengusik kita, betapa masa yang ada tersangat terhad sedangkan
tujuan sebenar yang ingin dicapai masih jauh di atas puncak
sana. Dan terlihat setengah manusia, merugikan diri, masih seronok bermain
dan tidak kisah akan nasib yang bakal menimpanya. Mudahan kita bukan dari
golongan itu. ameen.
Teramat
lah sukar dirasakan terutama bagi diri saya sendiri untuk berkongsi karya hebat
allah dalam surah Al-‘asr ini kerana isi kandungnya teramat berat untuk
dipikul. Adapun gunung yang gagah dan kukuh jua gerun lantas tewas menahan
beratnya pikulan Al-Quran. Perkara ini Allah dah perkemaskan jelas pada surah
yang ke 59 ayat 21. Sekiranya kami turunkan al-quran ini atas sebuah
gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana
takut kepada Allah. Dan ingatlah misal-misal perbandingan ini kami kemukakan
kepada umat manusia supaya mereka memikirkanya. Mudahan kita
dipermudahkan Allah untuk memikul beratnya amanah ini, dan tidak menjadikanya
sebagai alasan untuk kita berhenti menyampaikan risalah da'wah pada
orang lain. [Dan segala kesilapan dan kesalahan dalam merangka artikel ini
harap sudi menegur]. Pastinya saya tak terlepas dari segala kesilapan dan
kecuaian, mudahan Allah mengampunkan.
Surah
Al-‘asr adalah surah yang sangat signifikan bagi sahabat-sahabat nabi s.a.w
hatta kepada nabi s.a.w sendiri. Para sahabat tidak pernah lupa untuk membaca
surah ini sebelum berpisah. Menurut keterangan Ibnu Katsir di dalam tafsirnya:
"Suatu keterangan daripada ath-Tabrani yang ia terima dari jalan Hamaad
bin Salmah, dari Tsabit bin `Ubaidillah bin Hashn:
"Kalau dua orang sahabat-sahabat Rasulullah
s.a.w. bertemu, belumlah mereka berpisah melainkan salah seorang di antara
mereka membaca Surah al-`Ashr ini terlebih dahulu, barulah mereka mengucapkan
salam tanda berpisah."
Dalam ulasan lain mengenainya, Di dalam kitab Tafsir Al-Azhar ada menjelaskan apabila Syaikh Muhammad Abduh menafsirkan Hadis pertemuan dan perpisahan dua sahabat ini berkata:
"Ada orang yang menyangka bahwa ini hanya
semata-mata tabarruk (mengambil berkat) saja. Sangka itu salah. Maksud membaca
ketika akan berpisah ialah memperingatkan isi ayat-ayat, khusus berkenaan
dengan pesan-memesan Kebenaran dan pesan-memesan atas Kesabaran itu, sehingga
meninggalkan kesan yang baik."
Dengan
penjelasan dari Syaikh Muhammad Abduh tersebut dapat kita jelas bahawa budaya
membaca surah ini diamal sahabat bukanlah bertujuan untuk sekadar budaya nak
ambil berkat, akan tetapi menjurus terus kepada merasai dan memahaminya lantas
di tukar menjadi kesan pada diri mereka. Namun pabila mana ia hilang element utama
nya iaitu penghayatan, maka jadilah amalan ini sekadar budaya dan ibadah kosong
yang lemah impaknya pada diri. Hal ini semakin menular dalam budaya Melayu
kita, setiap kali berpisah dari majlis pasti akan kita baca bersama Surah
Al-‘Asr. Memang benar, bagus untuk menjadikannya amalan. Namun
yakinlah bahawa ia belum cukup bagus tanpa penghayatan. Saya analogikan budaya
ini umpama membancuh kopi tanpa gula. Bagus. Kopi sudah ada. Tapi sudah cukupkah?
jawabnya tidak!! Kopi masih lagi pahit dan kita perlukan gula. Barulah kita
dapat menukar yang pahit kepada manis. Samalah halnya dalam soal ini, sudah
bagus dengan baca surah Al-‘Asr itu, tapi sudahkah cukup bagus? Belum. Yang
pahit masih saja pahit kerana tiadanya tadabbur(penghayatan)
ketika menelusuri ayat-ayat tersebut. Sekadar bacaan sepintas lalu yang lesu
dan tak memberi impak. Di akhirnya kita terus lupa, lupa
dan terlupa. Sungguh berbeza dengan apa yang sebenarnya para sahabat
nabi amalkan. Jadi mudah-mudahan seusai perkongsian ini, kita dapat garap jika
tidak banyak pun sekurang-kurang nya tika kita membaca surah ini kita dapat
merasai mesej sebenar Allah, kerana rasa itulah yang dapat mengubah hati, dan
pabila hati kita berubah pastinya seluruh amalan kita seharian berubah total.
Selain itu sepintas komentar dari Imam asy-Syafi'i
mengenai surah ini yang boleh dilihat dari Tafsir Ibn Kathir dan lain-lain
tafsir, kata Imam As-syafi’e : "Kalau manusia seanteronya sudi
merenungkan Surah ini, sudah cukuplah itu baginya." Hebat kan..
Apa yang cuba nak diberitahu oleh Imam As-Syafi’e disini ialah betapa kompak
dan komprehensifnya perincian yang di garis Allah sehinggakan surah pendek ini
SAHAJA sudahpun mencakupi panduan yang cukup dan mampu untuk memandu umat
manusia. Apatah lagi ditambah dengan sejumlah surah-surah yang lain yang lebih
besar makna dan penghayatnnya. Allah memberi panduan lebih dari apa yang kita
perlukan. Tapi kitalah yang gagal dan malas mengikuti jalan lurus tersebut, tak
mahu melihat, mendengar dan merasa ! Marilah sama-sama kita menghayati surah
ini dengan hati yang terbuka dan sedia untuk koreksi diri. Moga Allah memberi
hidayahnya pada kita semua. ameenn.
**************************************
بسم الله الرحمن الرحيم
( وَالْعَصْرِ ( 1
( 2 ) إِنَّ الْإِنسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ
( 3 ) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani
Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan
mereka pula berpesan-
pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
sabar. (3)
******************************************
AYAT PERTAMA (وَالْعَصْرِ)
1. و disini ialah wau yang
digunakan untuk sumpah. Jadi sepertimana kita tahu wau biasa bermaksud ‘dan’ di
dalam bahasa arab. Namun dalam keadaan ini ia menggambarkan sumpah. Selalu kita
dengar wallahi watallahi wabillahi (والله) bermaksud demi Allah dan bertujuan sumpah. Ayat pertama
bermaksud Allah bersumpah demi العصر masa. Jadi apakah motifnya
sumpah ? Seperti juga kita, hanya akan bersumpah bila ingin menyampaikan
sesuatu yang penting sahaja bukan. Keadaan yang sangat-sangat serius untuk
menyatakan kebenaran maka kita akan bersumpah. Begitu jua Allah, mesej yang
cuba allah beritahu berkenaan masa di dalam surah ini amat mustahak dan perlu
diteliti betul-betul oleh umat manusia kerana Allah telahpun highlight kan
keseriusannya. Jadi, apakah mesej disebalik masa itu? Insyaallah akan lebih
diperjelas dalam ayat seterusnya.
2. Maksud والعصر telah banyak di definisikan
oleh para ulama’ mufassirrin. Antaranya dieertikan masa yang di dalamnya
terdapat pelbagai aktiviti manusia, baik dalam kebaikan mahupun keburukan. Imam
Malik meriwayatkan dari Zaid bin Aslam : “kata Al-‘Ashr bererti shalat ‘Ashar”.
Definisi yang paling dipersetujui adalah yang pertama.
3. Boleh lah kita simpulkan di dalam ayat pertama ini
bahawa Allah bersumpah demi masa dengan tema dan tuju yang serius agar kita
mula berfikir tentang masa yang ada pada diri kita dengan aktiviti apakah
sedang, telah dan akan kita perbuat. Maka dengan masa yang telah Allah
rezekikan selama ini, semuanya akan disoal siasat satu persatu tanpa tercuai
satu pun, maka perbuatlah sebaiknya dengan waktu yang dikurnia. Jangan nanti
kita tergadah dengan segala amal buruk diatas muka bumi sebagaimana (mujrimun)
orang-orang yang banyak berbuat dosa ketika dibentangkan amal
mereka di hari akhirat. Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan
dibentangkan, maka engkau akan melihat (mujrimun)orang-orang yang berdosa itu,
merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai
celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan
yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati
segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah)
Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. [Surah Al-kahfi:49]
AYAT KEDUA (إِنَّ
الْإِنسَانَ لفِي خُسْرٍ)
1.
Pertamanya penggunaan perkataan الْإِنسَانَ (manusia).
uniknya bahasa arab setiap perkataan itu banyak hubung kaitnya dengan perkataan
lain dan ia boleh membentuk wajah-wajah baharu dari perkataan-perkataan yang
berkaitan. Perkataan الْإِنسَانَ ini berasal daripada perkataan الناس yang
juga bererti manusia. Perkataan الناس pula
diambil daripada kata kerja نسي yang
bererti lupa. Jadi dapat kita simpulkan bahawa manusia sememang
fitrahnya lupa. Dan hakikat ini tidak dapat diasangkal lagi kerana ianya fitrah
dan sifat yang diketahui umum. Sedangkan benda yang fizikal dan nampak seperi
handphone, duit, alat tulis, kunci, jam tangan, cincin, gelang dan lain-lain
juga kita selalu lupa sedangkan benda itu nampak dan boleh dicapai. Kadang kita
letak handphone di meja ruang tamu dan bila ingin guna, kita tak tahu dimana
lantas mencari satu rumah. Setelah seberapa lama baru kita teringat kembali
rupanya handphone dekat meja ruang tamu. Sendiri letak sendiri lupa. Itu
menunjukkan bahawa Kita memang sebuah ciptaaan makhluk yang cenderung lupa.
Jadikan pula perkara-perkara tak nampak dan "metafizikal" seperti
syurga, neraka, dosa, pahala, jin dan malaikat pastinya lebih-lebih lagi kita
lupa.
2.
Perkara ke dua yang penting untuk
kita highlight daripada ayat ini adalah perkataan خُسْرٍ. Perkataan خُسْرٍ secara
literalnya bererti rugi dan kemusnahan. Bila mana Allah sebut insan berada di
dalam keadaan خُسْرٍ ,
maka Allah sebenarnya berkata bahawa insan di dalam kerugian dan kemusnahan.
Untuk mendapatkan lebih penjelasan tentang خُسْرٍ ini. Apa watak dan sifatnya dengan lebih detail,mari
kita selidiki penyebutannya di dalam Quran. Pembaca! , kalau kita belek-belek
mushaf Quran, ada 60 kali
sebenarnya kata akar yang sama dengan خُسْرٍ di jumpai. Dan sejujurnya ketika menggali ciri-ciri
tersebut, saya merasa sangat takut dan gerun kerana beberapa sifat bagi orang
yang rugi tersebut sangat dekat dengan kita. Moga Allah membimbing kita ke
jalan yang lurus. Diharap pembaca membaca dengan teliti satu demi satu ciri
tersebut dan membayang kan list ini umpama keputusan peperiksaan kita dengan Allah setakat ini. Apakah kita orang yang di dalam kerugian dan
kemusnahan ? Berikut adalah perwatakkan خُسْرٍ yang di ekstrak dari 60 ayat tersebut.
1)
Orang-orang yang melanggar janji
Allah 2:27, 2:64
2)
Melanggar amaran dan perintah Allah
2:27
3)
Melakukan kefasadan dan kerosakkan
di atas muka bumi. 2:27
4)
Tidak beriman dengan kitab yang
diturunkan 2:121
5)
Tidak inginkan Islam sebagai
agamanya 3:85
6)
Tunduk dan patuh kepada orang yang
tidak beriman(kafir) dan munafiq 3:149
7)
Mengambil syaitan sebagai wali 4:119
Dan demi sesungguhnya, aku akan
menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah
telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan
Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati
selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang
nyata.
8)
Menolak keimanan 5:5
9)
Lari daripada perperangan 5:21
10) Membunuh saudara sendiri 5:30
11) Mendustakan pertemuan menghadap
Allah 6:31
12) Membunuh anak-anak mereka dengan
kebodohan 6:140
13) Ringan timbangan amal baiknya 7:9,
23:103
14) Berlaku zalim terhadap ayat-ayat Allah 7:9
15) Orang yang tidak diampunkan dan
tidak di rahmati Allah 7:23, 7:178, 11:47
16) Orang yang melupakan dan mendustakan hari hari
kiamat 7:53, 10:45, 27:4-5
17) Yang merasa aman dengan rancangan balas Allah(balasan
azab) 7:99
18) Orang yang sesat dari jalan Allah 7:178
19) Golongan jahat yang bersatu 8:37
20) Orang munafik yang bersenang-senang dengan
harta dunia 9:69
21) Mendustakan ayat-ayat Allah 10:95
22) Mereka yang tidak tahan mendengar dan tidak
suka melihat tanda-tanda kebenarannya. 11:20,21,22
23) Dimeteraikan Allah Taala hati, pendengaran
serta penglihatan mereka 16:108,109
24) Orang yang zalim 18:82
25) Orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam
kehidupan dunia ini 18:103,104
26) Mereka yang menyangka bahawa mereka sentiasa
betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan 18:103,104
27) Menyembah Allah dengan sikap dan
pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya
dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia
semula (kepada kekufurannya) 22:11
28) Orang yang mentaati dari kaum yang kafir yang
mendustakan pertemuan hari akhirat dan yang bermewah dalam kehidupan dunia 23:34
29) Orang yang merasa amal buruknya itu
baik 27:4-5
30) Beriman dengan yang batil dan kufur
terhadap Allah 29:52, 35:39, 39:63, 40:85
31) Orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri dan pengikut-pengikutnya/keluarganya pada hari kiamat 39:15, 42:45
32) Mensyirikkan Allah 39:65
33) Orang- orang
yang berpegang kepada perkara yang salah 40:78, 45:27
34) Menyangka bahawa Allah tidak mengetahui
dosa-dosa yang dilakukan 41:22,23
35) Orang yang derhaka pada ibu ayahnya 46:17-18
36) Mereka yang bersama dengan golongan
syaitan 58:19
37) Mereka yang harta dan anaknya
menyebabkan dia lalai mengingati Allah 63:9
38) Menderhaka perintah Tuhan dan
Rasul-rasulNya 65:8-9, 71:21, 11:63
3.
Jadi seolah Allah ingin menyeru
kepada manusia yang selalu lupa ini bahawa janganlah lagi lupa. Cukuplah kita
lupa dan hanyut selama ini dalam gelojak nafsu, sebaliknya Sedarlah bahawa kita
dalam خُسْرٍ kerugian dan kemusnahan. Apakah kita tidak
takut untuk termasuk dalam 38 ciri tersebut? Cuba ambil masa untuk renung
sebentar, renung dosa-dosa kita buat seorang diri mahupun dikhalayak. Mampukah
pahala kita yang sedikit dengan amal yang tidak konsisten dan tidak ada kualiti
ini untuk tampung dosa-dosa dan maksiat-maksiat kita? Apa yang ingin kita jawab
di hadapan Allah kelak tika Allah sebutkan satu demi satu dosa-dosa dan
noda-noda yang telah kita maksiati, Apa jawapan kita? Wahai insan, Kita tak ada
jawapan atas nafsu yang telah kita turuti dengan tamak itu. Kita tak punya
jawapan. Maka tertunduklah malu dengan penuh hina dan pabila tak mampu untuk
jawab maka rasailah siksa neraka yang seringan azabnya memakai selipar dari
neraka lalu isi-isi otak menggelegak cair dan lulur kerana kepanasanya. belum
lagi dibakar dengan api neraka itu sendiri!! Astaghfirullah.!!
Mari insafi jiwa. Kita tak mahu berakhir dengan neraka dan azab.. Marilah
kembali kepada agama. cukup cukup sudah dosa.. cukup sampai di sini saja!! mari
kita taubat pada Allah. Kita tak nak lagi menjadi orang yang dalam
rugi الْإِنسَانَ لفِي خُسْرٍ. kita nak jadi orang yang Allah sayang.
Jika saat ini kita merasa dosa-dosa diri banyak, dan ciri-ciri خُسْرٍ itu sangat dekat dengan diri, maka saya ucapkan TAHNIAH
!! kerana kita masih dipilih oleh Allah untuk menjadi hambanya yang bertaubat.
Mari istighfar, dan pohon ampunan dari Allah.
AYAT
KETIGA (إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟
بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ)
1. Bila sampai ke ayat terakhir ini, wajarlah kita
mengucapkan الحمد لله sebanyaknya kerana sifat Ar-rahman Allah (terlampau baik)
dengan kita masih memberi kita kesempatan untuk memahami ayatnya. Sedangkan
kita berulang-ulang menjadi pelaku dosa.Tidak pernah serik, tapi tidak
pula Allah pekakkan telinga kita dari mendengar alunan Quran dan seruan azan,
tidak pula Allah membutakan mata kita dari melihat kalamullah dan tidak pula
Allah mengunci mulut kita dari menerima sebarang ni’mat makanan. Sedang Allah
mampu dan layak berbuat sedemikian, tapi Allah melakukan sebaliknya dengan
masih menmbanjirkan kita ni’mat. Ni’mat agama yang sedang kita peroleh sekarang
ini! الحمد لله الحمد لله
Allah atas segala kemurahan dan sifat baik mu ini terhadap kami. Jadi pembaca!
Maka mari kita selongkar lagi sifat Ar-rahman Allah.
2. “Kecuali
orang-orang yang 1) beriman dan 2) beramal soleh dan 3) mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Meskipun
ciri orang yang rugi itu banyak, namun Allah tidaklah kejam dan zalim.
Berdasarkan ayat ke tiga ini, Allah telah mengecualikan dan mendakap segolongan
manusia dari terjebak dengan senarai panjang sifat-sifat yang merugikan itu.
Namun manusia yang bagaimana? Merekalah manusia yang beriman, beramal soleh
dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa Allah sedang
menawarkan kita sebuah perniagaan yang sangat UNTUNG. Inilah durian runtuh dan
saham yang sebenar yang kita perlu bermati-mati mengejar.. Dan
subhanallah, dengan hanya modal yang simple dan mampu milik(beriman,
beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran) bagi setiap
insan kita telahpun Allah bukakan kesempatan untuk menjadi segolongan istimewa
yang Allah pelihara daripada menjadi orang-orang yang melanggar janji Allah,
menolak keimanan, melanggar amaran dan perintah Allah ,berlaku zalim terhadap
ayat-ayat Allah, menderhaka perintah Tuhan dan Rasul, Mensyirikkan Allah,
Beriman dengan yang batil dan kufur terhadap Allah, merasa amal buruknya itu
baik dan kesemua sifat yang disebut di atas mahupun yang tak disebutkan.
Subhanallah.. Tidakkah ia mudah? Jadi bagi mencerahkan lagi pemahaman. Mari
kita selidiki lebih jauh apakah dia beriman, beramal soleh dan
berpesan dengan kebenaran dan kesabaran itu.
3. IMAN
Iman secara literalnya ialah PERCAYA.
Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah, iman ialah membenarkan dengan hati
mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. Iman itu adalah substance dalam
keislaman seseorang. Bilamana keislamannya buruk, maka perhatilah akan substancenya
yakni imannya. Bila mana kita berintegriti dengan iman dan menjaga iman
dengan baik, maka apa yang diserap dan dilaku oleh hati, mulut dan anggota
badan juga turut baik. Kerana keburukkan dan kebaikan itu saling bersalingan
dengan wajah iman. Pembaca, untuk mendapatkan rasa yang terbaik dalam masakkan
kita perlukan aturan yang terbaik, itu perlu kepada pilihan substance yang
tepat dari segi kuantiti dan kualiti ramuan, teknik yang kemas dan pengalaman
memasak! Iman juga ada substancenya dan tekniknya, substance iman
ini telahpun diajarkan oleh jibril kepada nabi s.a.w dihadapan para sahabat
r.a. Mari teliti hadith mengenainya.
عن عمر (رضي
الله عنه) أيضاً قال: بينما نحن جلوس عند رسول الله (صلى الله عليه وسلم) ذات يوم
إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب، شديد سواد الشعر، لا يرى عليه أثر السفر، ولا
يعرفه منا أحد، حتى جلس إلى النبي (صلى الله عليه وسلم) ، فأسند ركبتيه إلى
ركبتيه، ووضع كفيه على فخذيه، وقال: يا محمّد أخبرني عن الإسلام؟! فقال رسول الله
(صلى الله عليه وسلم) : “الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول
الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه
سبيلاً”، قال: صدقت. فعجبنا له يسأله ويصدّقه، قال: فأخبرني عن الإيمان؟ قال: “أن
تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره”، قال:
صدقت. قال: فأخبرني عن الإحسان؟ قال: “أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه
فإنه يراك”. قال: فأخبرني عن الساعة؟ قال: “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل”،
قال: فأخبرني عن أماراتها؟ قال: “أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة
العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان”، ثم انطلق. فلبثت ملياً، ثم قال: “ياعمر أ
تدري من السائل؟” قلت: الله ورسوله أعلم، قال: “فإنه جبريل أتاكم يعلّمكم دينكم”.
رواه مسلم)
Maksudnya:
Daripada Saiyidina ‘Umar
Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam,
yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang
pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi
Sallallahu’alaihiwasallam, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda
dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:
Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang Islam.
Lalu Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa)
engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata:
Benarlah engkau.
Maka kamipun merasa hairan
kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan
kepadaku tentang Iman.
Baginda bersabda: (Iman itu
ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan
buruk.
Lelaki itu berkata: Benarlah
engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah
kepadaku tentang Ihsan.
Baginda bersabda: Ihsan itu ialah
bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau
tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi:
Terangkan kepadaku tentang Kiamat.
Baginda bersabda: Orang yang
ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata: Maka
terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.
Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai
‘Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?
Aku berkata: Allah dan
Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Sesungguhnya
dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang
agama kamu.
(Hadis riwayat al-Imam Muslim,
al-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah dan Ahmad, musnad ).
Sahabat Abi
Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Iman terdiri
atas lebih dari enam puluh cabang. Sedangkan malu (melakukan maksiat) adalah
bagian dari cabang iman." (HR. Bukhari).
Pastinya iman,
tampa ramuan asasnya iaitu [percaya kepada
Allah, para malaikat, kepada utusan-utusan Allah, kepada kitab-kitab Allah,
kepada hari akhir,dan kepada qadar Allah] dan disertakan dengan ramuan
pelengkapnya(cabang iman), iman itu akan pahit dan pincang rasanya. Representasinya
pula lemah dan tidak bermaya. Tidak boleh tidak, sekurang-kurangnya bahan asas
iman itu mesti ada dan tidak boleh tertinggal walau satu, kerna jika ia hilang walau
satu bahagian maka secara automatik imannya tidak sah dan akan terus
punahlah wajah iman itu. Cabang iman itu pula menghiasi dan menjadikan iman
jadi indah dan tampan. Di ruangan kecil dan kemampuan ilmu yang terbatas ini,
kita tak mampu berbincang lanjut mengenai cabang iman dan perincian mengenainya namun cukuplah untuk ditegaskan bahawa cabang-cabang iman itu teramat
mustahak untuk didamba dan dilakukan menjadi amalan, ianya cabang yang
menjadikan sebuah pokok itu pokok dan sebuah iman itu iman. Kita seboleh-bolehnya dengan segala kapasiti
yang ada perlulah memenuhi tuntutan cabang iman itu.
4.
AMAL SOLEH
Di dalam Islam, ibadah
terbahagi kepada dua. Ibadah umum dan Ibadah khusus. Ibadah Khusus adalah
ibadah yang dilakukan antara kita dengan Allah semata. Contohnya seperti puasa,
zakat, solat dll. Prinsip dan pengarahannya sangat tegas dan tidak boleh diubah
sesuka hati. Ibadah Umum pula adalah apa sahaja amalan seharian yang dilakukan
asalkan selari dengan syariat maka ia juga dikira ibadah dan mendapat pahala. Kerana
itu ulama’ menyimpulkan satu kaedah fiqh yang berbunyi الأصل
في الأشياء الاباحة الأصل في العبادة التحريم Asal hukum bagi apa-apa
perkara adalah harus, dan asal hukum bagi apa-apa ibadah(ibadah khusus) adalah
haram. Hal ini bererti hukum
asal bagi solat, puasa, zakat dan lain-lain Ibadah khusus, adalah haram. Pabila
datangnya bukti jelas dari Quran dan Sunnah dan perinciannya bagaimana ingin
dilakukan, bila, kenapa dan sebagainya barulah ianya dibenarkan. Berbeza dengan
ibadah umum. Bagi ibadah umum, kita bebas melakukan pelbagai jenis aktiviti
asalkan ianya selari dengan ciri yang akan disebutkan nanti maka ianya juga
akan turut dikira sebagai ibadah dan amal soleh. Kita sering saja tersalah
faham. pada kita amal soleh itu dduk di masjid, membela janggut, memakai jubah,
menghafal quran dan hadis dan yang sewaktu dengannya SAHAJA. pemahaman ini
merupakan pemahaman yang kurang tepat,serong dan sempit dari maksud sebenar
islam. Dan pabila kita melakukan amalan-amalan seharian seperti menyikat rambut, mandi, pergi ke
pasar, makan dan minum, study, membawa kenderaan, sehinggalah kepada membuang
air kita merasakan bahawa itu bukan ibadah. Astaghfirullah, Sedangkan itulah
AMAL SOLEH juga. Hanya perlu memenuhi beberapa ciri sahaja supaya ianya kekal
amal soleh. Betapa mudahnya islam! Berikut
adalah ciri yang dapat menjadikan sesuatu ibadah samada khusus atau umum itu
untuk dikira sebagai amal soleh. Untuk memudahkan kita ingat, saya telah
memformulakan 4 ciri tersebut. Somebody come for love [Somebody(sincere)
Come(correct) For(follow) Love(love)]
·
Sincerity (Al-ikhlas)
Kita mestilah
membulatkan niat kita semata-mata kerana Allah S.W.T dalam apa juga kerja dan
amal. Saat study, niatkan ia kerana Allah, saat memandu niatkania kerana Allah,
saat berkerja niatkan ia kerana Allah, saat mandi niatkan ia kerana Allah
termasuklah ibadah-badah khusus, solat, puasa dana selainnya semata-mata dilaku
kerana Allah bukan kerana manusia, harta dan apa-apa selain Allah. Itulah
ikhlas.
Katakanlah: Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[surah Al-an’am 6:162]
·
Correct (As-sowab)
Dalam melakukan sesuatu
perkara, ianya mestilah betul dengan apa yang sudah dijelaskan di dalam
Quran dan Sunnah. Kategori ini lebih tertumpu pada ibadah khusus, kerana
perlaksanaan ibadah khusus itu tidak boleh walau sedikit bersalahan dengan apa
yang dijelas Quran. Contohnya di dalam solat, kita tidak boleh bersalahan walau
kita hanya modify sedikit sahaja, cara mengangkat jari ketika tasyahud.
Ianya dikira tidak betul dan dan tidak boleh diterima.
·
Follow (Al-Ittiba’)
Follow, taat dan patuh dengan
segala apa yang dijelaskan di dalam Quran dan Sunnah. Dalam melaksanakan
sesuatu perkara kita mestilah mematuhi apa halal dan haram yang telah dihurai
dari Quran dan Sunnah. Contohnya di dalam berjual beli, kita tidak boleh
berjual beli perkara haram seperti arak dan babi. Asal bagi berjual beli itu sudah
dikira ibadah tetapi tika barang yang durusnaiga, pengurusan, tatakelola dan
apa sahaja elemen hukum-hakam telah dilanggar maka ia tidak boleh dikira
sebagai ibadah dan satu amal ketaatan
kepada Allah.
·
Love (Al-hubb)
Akhir sekali dalam
melakukan apa sahaja amalan ketaatan samada khusus atau umum ianya mestilah
disertakan dengan rasa penuh cinta kepada Allah yang maha tinggi bukan dengan
jiwa yang terpaksa dan penuh tidak rela dan benci.
5.
BERPESAN-PESAN
DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN
Pastinya kita merasakan sekiranya
kita sudah beriman dan melakukan amal soleh sehari-hari sehingga tiba waktu tua
dan sampai kita dicabut nyawa, maka itu sudah cukup untuk kita berjaya
dan berpeluang cerah mendapatkan husnul khotimah(kematian yang baik). Namun
sedarlah wahai pembaca, Allah menempelak kita bahawa walaupun kita sudah
berjaya beriman dengan sempurna, dan beramal soleh sehari-hari dengan penuh
ketaatan, kita masih belum cukup dapat mengelakkan diri kita dari
menjadi orang yang RUGI dan kemunginan masih saja menerima ciri-ciri خُسْرٍ yang telah
panjang lebar kita bincang diatas. Untuk menyempurnakan perisai kita dari
menjadi خُسْرٍ perlunya kita kepada وَتَوَاصَوْا yang
bermaksud enjoin each other mengajak bersama-sama satu sama lain.
Berpesan dengan kebenaran iaitu berpesan dan berda’wah dengan yang haqq dan
kebenaran. Imam Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya menerangkan ayat وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ, dengan menjelaskan bahawa berpesan dengan kebenaran itu ialah
dengan “mewujudkan semua bentuk ketaatan dan meninggalkan semua yang
diharamkan”. Yang juga boleh kita fahami dengan amar ma’ruf nahi munkar,
mengajak kepada yang baik dan mencegah pada yang mungkar. Perihal tentang Islam
bukan lah untuk kita rasai dan nikmati seorang, akan tetapi untuk dirasai bagi
seluruh umat. Maka hendaklah kita menyempurnakan hak-hak orang lain
disekeliling kita untuk mendapat risalah da’wah juga dari agama ini kerana
mereka mempunyai hak untuk mendengar islam dari kita. Hamka telah mengulas
perkara ini dalam kitab tafsirnya tafsir Al-Azhar “Dan rugilah orang yang
menyendiri, yang menganggap kebenaran hanya untuk dirinya seorang”. Jadi
sedarlah, bahawa peranan da’wah ini bukanlah termaktub hanya pada Ustaz dan
Imam, akan tetapi pada sesiapa sahaja yang mengatakan لإله إلا الله محمد
رسول الله tiada
tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad ustusan Allah maka mereka perlu berperanan menyampaikan
risalah da’wah mengikut kapasiti dan kemampuan yang Allah rezekikan kepada
mereka. Sekiranya Allah rezekikan dia pandai berbicara, maka hendaklah dia
menyampaikan kebenaran dengan ceramah dan ucapan-ucapan, jika pandai menulis post-post
menarik di FB,twitter dan sebagainya maka manfaatkanlah ia untuk berpesan
dengan yang haq. Jika mempunyai jawatan tinggi, maka manfaatkanlah ia untuk
membanteras yang bathil dan menggerak da’wah. Jika tidak mampu banyak untuk
berbicara dan menulis maka tunjukkanlah akhlaq yang mulia di tengah-tengah
masyarakat. Pucuk pangkalnya, kita semua dikurnia Allah mempunyai kapasiti
tersendiri untuk dimanfaatkan di jalan Allah.
Ikhwati
fillah, setelah berpesan dengan kebenaran, hendaklah kita meneruskan dayungan
dan berpesan pula dengan kesabaran. Kerana untuk menyampaikan yang haq itu
pasti ramai yang tidak menyenanginya. Imam Ibn Kathir menjelaskan وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْر sebagai “bersabar
dengan segala tribulasi, cobaan dan halangan yang dilakukan terhadap orang yang
menjalankan amar ma’ruf nahi munkar” maka bilamana kita ingin menegur orang
yang tersayang, sentiasa lah bersabar dengan cabaran yang dihadapi, kita
mungkin dicaci dan dimaki, kadangkala dipulau. Namun bersabarlah.. sabar dan
istiqomah.. teruskan usaha itu kerana sungguh Allah mendengar kita, tahu pedih
kita dan lihat kesakitan kita. Sabarlah kerana itulah ranjau dan fitrah jalan
da’wah ini. Allah menyebut di dalam Surah Al-Fushilat ayat 35 [Dan sifat
yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang
yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh
orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat].
Sungguh janganlah sekali kita terbawa-bawa dengan emosi saat orang yang
dida’wahkan tidak dapat menerima nasihat kita, malah mereka kadang mengutuk dan
menghina kita semula, memburuk-buru diri kita pada orang lain. Wahai jiwa, Terimalah
hakikat kepahitan itu demi sebuah kemanisan. Imam Syahid Hassan Al-Banna ada
menyebut “Jadilah seperti Pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau
membalasnya dengan buah yang ranum” Itulah prinsip yang tuhan suruh kita berutuh
dengannya. Para ulama’ juga ada menyebut bahawa الصبر رئيس الحكمة sabar itu adalah ketua kepada kebijaksanaan. Maka bersabarlah kita hendaknya dengan segala pancaroba dan
kepincangan yang dihadapi dalam menyampaikan da’wah.
6.
ULASAN-ULASAN
Ibnul
Qayyim di
dalam kitabnya "Miftahu Daris-Sa'adah" menerangkan:
"Kalau keempat martabat telah tercapai oleh manusia, hasillah tujuannya
menuju kesempumaan hidup. Pertama: Mengetahui Kebenaran. Kedua:
Mengamalkan Kebenaran itu. Ketiga: Mengajarkannya kepada orang yang belum
pandai memakaikannya. Keempat: Sabar di dalam menyesuaikan diri dengan
Kebenaran dan mengamalkan dan mengajarkannya. Jelaslah susunan yang empat itu
di dalam Surat ini.
Ar-Razi menulis
pula dalam tafsimya: "Dalam Surat ini terkandung peringatan yang keras.
Karena sekalian manusia dianggap rugilah adanya, kecuali barangsiapa yang
berpegang dengan keempatnya ini. Yaitu: Iman, Amal Shalih, Pesan-memesan kepada
Kebenaran dan Pesan-memesan kepada Kesabaran. Itu menunjukkan bahwa keselamatan
hidup bergantung kepada keempatnya, jangan ada yang tinggal.
KONKLUSI
Masa
yang semakin berkurang detik demi detik, membisik bahawa hidup kita telah dan
sedang rugi. Kita bangun dari tidur, bersarapan, pergi ke tempat kerja, pergi
ke sekolah, berpenat-penat dan pabila petang kita pulang dan berehat di rumah
dan menjalankan aktiviti harian, bila malam kita tidur nyenyak sehingga esoknya
kita bangun lagi dari tidur dan melakukan perkara yang sama dan esoknya kita
bangun lagi dari tidur dan melakukan perkara yang sama dan esoknya kita bangun
lagi dari tidur dan melakukan perkara yang sama. Kita menuruti sistem yang sama
setiap hari sehingga lah kita menghadapi waktu kematian! Tidakkah kosong tidak
bererti dan rugi hidup kita? Apakah nilainya sebuah hidup dengan rutin yang
layu dan membunuh jiwa itu. Sebagai manusia yang ada hati, kita perlukan
pengertian dalam hidup. Kita perlukan erti yang menjadikan kita hidup dengan
hidup. Dan untuk merasai ni’matnya erti itu, kita perlukan pengorbanan. Maka
iman, amal soleh dan pesanan pada haq dan sabar itulah pengorbanan asas yang
kita perlu bayar. Iman itu adalah enjin kepada amal soleh kita. Sambil pesanan
pada haq dan kesabaran itu umpama servis yang sentiasa membersih diri kita. Bila kita hidup untuk berkorban demi yang kita sayang, itulah
yang menjadikan ertinya hidup. Hingga nanti satu saat kita mengalirkan air mata
kerana keperihan dan kesakitan sepanjang perjalanan itu membuatkan kita begitu dekat dengan tuhan
dan merasa cukup dengan apa yang ada. Kita tidak lagi tamakkan pingat, pangkat,
harta dan wanita. Sehinggakan kita tidak lagi merasa bumi ini sebagai tempat yang
lama untuk kita tinggal, akan tapi hanyalah sebuah stesen dari stesen-setesen
menuju ke dunia yang sebenar ! maka hendaklah kita menyempurnakan iman, amal soleh, dan berpesan pada yang haq dan kesabaran tersebut, supaya diri kita tidak menjadi rugi kelak dihadapan Allah.
Mohon maaf atas segala kekurangan dalam penulisan. Moga perkongsian yang bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan