Ahad, 6 Mac 2016

Kematangan

" hikmatus syuyukh wa hamasatus syabab"

1.     Pengalaman dan belajar. Bagi ku dua ini menjadi fragmen penting meruncing kematangan. Memang seronok melihat jiwa muda semangat berkobar menongkah arus dihadapannya. Namun, hemah nyata kadangkala hilang dan terluput. 

2.    Aku belajar melihat ramai manusia. Walaupun aku bukan lah sesiapa untuk menilai sesiapa. Manis senyuman kadangala pahit maknanya. Lembut tutur kadangkalala jahat sifatnya. Mereka memakai pakaian-pakaian agama, tapi syirik sulaman benangnya. Menyampingkan ingin diri disamping rambu-rambu eksekutif. Mereka memakai pakaian-pakaian agama, tapi lusuh pudar jahitan dan sulamannya. Kata yang tak serupa kerja. Kerja yang bermalas-malasan. Berehat-rehatan. Lalu berjalan seorang yang keliru, adakah ini AGAMA?

3.    Aku hanya mampu mengkaca matakan senario hidup ke dalam pemahaman tipis ku terhadap tuhan. Namun sedikit aku melihat banyak. Banyaknya ujian ke sana.
Usahlah tergopoh gapah, mendayung sampan di laluan nakhoda-nakhoda gergasi dan merasa lebih gah walhal kekurangan. Hidup ini pernuh warna, hiduplah dengannya. Pasti akan ada warna yang menambah seri mukamu. Jangan tergopoh kearna tiada siapa yang memperkecilkanmu.

4.    Lalu berkata, Aku memberi bukan kerana mata yang memandang. Aku berjasa bukan untuk dirujuk penjasa.
berfikirlah dengan jiwa bukan nafsu. Kerana nafsu itu adalah keanak-anakkan. Dan jiwa itu adalah kematangan.


Buat, pelayar jauh di lautan pasifik…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan