Manusia berbeza-beza pandang berkenaan cinta. apa dan siapa pun subjek cinta ia bergantung pada hati. Jika sihat hati, maka sihatlah cinta. Jika hati sakit, cintanya pula akan berpenyakit. Sakit manusia, biasanya akan terkesan pada pesakit itu sendiri.. pesakitlah yang akan merasa "nikmat" sakit itu dan menahan azab pedihnya. Sakit gigi saja contohnya, walau hanya sebatang gigi berlubang, tapi mampu menyerang emosi dan jasad. Sehingga kita terjaga-jaga malam dan tak mampu betah tidur.
Tetapi yang sakit hatinya berbeza. Umum, pesakit sama sekali tidak perasan hakikat penyakitnya, tetapi orang sekeliling pula dengan mudah melihat simptom sakit itu. Jadi jika ingin tahu penyakit hati kita, cubalah tanya orang rapat dengan hidup kita. Barangkali mereka lebih nampak simptom penyakit hati kita. Orang yang ujub riak dan takabbur contohnya, tidak perasan jelek laku dirinya itu, malah perasan hebat dan tetap merasa diri bagus. Tetapi orang sekelilinglah yang sering saja dapat terhidu riak dan cakap besar tersebut. begitu juga dengan penyakit hasad. Si pesakit tidak tahu perbuatannya itu berpenyakit, tapi orang yang dihasadi lah yang terkesan tahu dia berpenyakit. Kadang dengan kata dia menghina mencaci malah teruk lagi boleh mebawa kepada santau dan bunuh. Sedangkan ketika itu dia masih merasa perbuatannya itu betul atas logik dendam itu.
Maka mampukah cinta bertahan bila hati manusia sakit?
1. Cinta dan Harapan
Cinta memberikan saya kudrat dan harapan memberikan saya tujuan.
Kekuatan cinta boleh membuatkan kita melakukan sesuatu yang luarbiasa. Kerana hakikatnya manusia tak akan melakukan sesuatu jika dia tidak ada sebab untuk melakukan. Jarang seorang mahasiswa boleh secara tiba-tiba belajar bersungguh-sungguh siang dan malam tanpa tujuan yang jelas. Rata-rata mereka ini ada target untuk membantu keluarga, untuk jaminan kerjaya yang baik kerana ingin balas jasa ibu bapa. Seorang pengusaha bisnes tidak mungkin boleh tiba-tiba bekerja kuat mencari pelanggan jika tidak ada harapan untuk mendapat keuntungan. Maka mana mungkin kita tiba-tiba boleh kuat beribadah dalam keadaan tiada cinta, tuju dan harapan? Dengan hadir cinta seorang ibu kita mampu berusaha keras belajar untuk keputusan baik di kampus. Kerana cinta kepada kekasih seseorang boleh berkorban harta dan masanya untuk seseorang yang dicintainya. Maka tidak hairanlah jika para tabien dan sahabat nabi radhiallahu taala ajmaeen mampu beribadah kuat siang dan malam kerana hakikat cinta mereka yang terlalu kuat serta harapan yang terlalu tinggi untuk masuk ke dalam syurga tuhan serta mendapatkan redha Nya..
Seorang tabieen yang tidak pernah melihat wajah nabi, namanya Uwais Al-Qarni. Kisahnya direkodkan dalam sahih bukhari, dimana dia dijanjikan nabi bahawa doanya maqbul. Maka ketika itu umar al khattab mencari batang tubuh uwais al qarni ini semata agar dia mendoakan umar diampunkan dosanya. Sedangkan umar sahabat yang dijanjikan masuk ke syurga. Namun ibrah yang nak dicedok pada batang tubuh Uwais Al-Qarni ini adalah bagaimana tingginya Cinta dan pengorbanannya yang mendalam terhadap ibunya sehingga nabi iktiraf doanya sebagai doa yang tidak ditolak Allah. Sedangkan dia tidak pun pernah berjumpa dengan nabi muhammad s.a.w dalam hidupnya! Menurut satu riwayat, diceritakan bahawa Uwais Alqarni ingin melunaskan hajat ibunya ke mekkah, maka dia membeli seekor lembu kecil dan mendokongnya naik dan turun bukit sehari-hari. Itu dilaku sebagai asas latihan membawa ibunya dikemudian hari. Sehingga tibalah hari dia mendukung ibunya. Dia tinggal di yaman. Maka dari yaman ke mekkah boleh memakan ratusan malah ribuan kilometer. Dan dia membawa ibunya di atas belakangnya sejauh itu semata-mata kerana dalamnya cinta tingginya kasih dan jauhnya harapan pada tuhan mendoakan ibunya. kudrat apakah yang telah terjana hasil cinta suci ini sehingga dia mampu terkudrat berkorban sedemikian rupa? Dapat kita fahami, jika kita ingin bekerja keras dalam apa jua, maka kita perlu mencintai perkara itu sehingga ia bersarang dan berakar di dalam hati. Setelah mencintalah kita akan terkudrat untuk berkerja keras untuknya. Cintailah Allah dan rasul lebih dari segalanya. Kita akan terkudrat untuk bekerja keras buat mereka jua.
2. Cinta dan pengorbanan, terarah kah?
Cinta belum layak digelar cinta jika tidak mampu mengorbankan. Kerana itu ada sebuah pepatah arab yg menyebut الحب مو بالكلمة لكن في عمل والإحساس "cinta itu bukan dengan kalimah, tapi dengan amal dan rasa kasih" maka pastinya cinta menuntut pengorbanan dari amal kita. Harus boleh berkorban masa, harta malah diri kita sendiri untuk si kekasih, segalanya kita kudratkan kerana pengorbanan itu telah menjadi kurang signifikan lagi bagi diri kita. kerana saat kita sedang hanyut ditelan kemanisan dan pelukan cinta, keredhaan dan kasih dari kekasih kita sahaja yang terasa begitu signifikan dan penting. Kerana itu di dalam filem cinta lazimnya si hero atau heroin sanggup saja merelakan dirinya terbunuh hanya agar si kekasih dapat selamat dan berada dalam keadaan baik. Bagaimana jika cinta sekuat ini terarah pada Allah dan rasul? Pasti pahatan kesannya juga akan jadi sehebat pengorbanan kekasih bercinta. Malah lebih hebat lagi ! Lihatlah kisah seorang sahabat yang bernama khabbab ibn arath. yang tinggi dan dalam cintanya pada Islam. Disiksa dengan sangat kejam sehari-hari oleh majikannya hanya kerana dia melafazkan lailaha illallah. Adakala dia dibelasah, dicucuh dengan besi panas dan di pukul oleh penyangak-penyangak quraish. Pengorbanannya itu menanggung siksa direlakan hanya kerana dalamnya cinta pada Islam. Kerana cinta jugalah kaum ansar sudi mengorbankan isteri-isteri dan harta mereka hanya agar cinta terhadap muhajirin dapat berputik. Kerana cinta jugalah saidina hamzah gugur syahid dalam keadaan dirobek-robek luka hanya agar nabi muhammad s.a.w dalam keadaan baik. Maka, Jadilah pencinta yang tidak bacul mengorbankan masa dan tenaganya buat kekasih. Lalu siapa pula kekasih kita?
3. Cinta khaliq tidak berhajat pada makhluq?
Antara sebab Syariat Islam boleh kekal sesuai kepada hidup manusia sehingga ke hari ini adalah kerana ianya di cipta oleh Tuhan yang menciptakan. Bukan manusia yang diciptakan. Dia tahu dan dia kenal keperluan manusia lantas dia merangkakan agama yang dapat menmenuhi hakikat hendak dan perlu manusia. Percayalah, jika anda mengikuti agama ini dengan betul, inilah hidup yang menjanjikan kesederhanaan antara hidup dunia dan hidup selepasnya. Jika pakar-pakar perubatan menggariskan pemakanan sihat yang seimbang, maka Islam adalah makanan kehidupan yang sihat dan seimbang. Kerna itu, mu'min yang normal, menumpukan kehidupan akhirat tapi tidak meninggalkan hidup dunia. Dalam soal cinta juga, mu'min yang normal tidak hanya menfokuskan subjek cintanya pada tuhan semata, tapi dia menyempurnakan hak-hak cinta makhluq jua. Dalam sebuah kisah yang direkodkan oleh ibn hibban dalam sahihnya, أو كما قال. Usman ibn maz'un seorang sahabat rasulullah s.a.w yang sangat mencintai rabbnya. Dia bersumpah demi ibu dan ayah nya atas Rasulullah s.a.w. Baginya tidak ada masa untuk tidur,rehat dan bersama keluarga melainkan ianya buat ibadah dan uzlah agar dapat berkasih dengan tuhan. Namun Rasulullah pada suatu hari telah menegurnya dan membimbingnya cara bercinta yang sihat. kata nabi "wahai uthman, bukankah aku contoh terbaik untuk kau ikut? Jawab uthman : biarlah ibu dan ayahku dikorban demimu, apakah perkaranya ini ?
Jawab nabi s.a.w : kau bersolat ketika malam dan berpuasa disiang hari. Sungguh isteri mu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu. Maka solatlah dan tidur, puasa dan berbukalah jua" selepas kejadian itu, isteri uthman ibn maz'un sudah kembali memakai pakaian yang bagus manakala uthman telah mula hidup dengan seimbang. Kisah ini mengajar kita cinta yang seimbang. Maka perlu jua kasih kepada isteri dan keluarga dilaksana, hak-hak dunia dilunaskan. Cinta core mestilah Allah tapi fitrah mencinta manusia jua jangan diabai. Mu'min yang normal akan mengejar cinta akhirat tanpa meninggalkan dunia.

4. Cinta berbalut syariah = cinta membalun syariah ?
Cinta yang suci, ianya suci dan menyucikan. Kerana fitrah suci itu lahir dari dalam ke luar, bukan luar ke dalam. Cinta yang kotor pula, samada ia najis yang cuba disucikan dgn air mutlaq atau najis yang menajiskan. Ianya tetap tidak suci. Maka mengapa membalut noda dan dosa dengan istilah-istilah dan penjenamaan baru agar ia nampak patuh syariah. Sedangkan ia tidak mungkin. Tidakkah kita sedar bahawa hakikat minyak tidak mungkin bersatu dengan air. Maka apakah mungkin haq bercampurkan bathil? Jenamakanlah dengan tunang, kawan, kenalan, atau apa sahaja, kau tetap diharamkan ke atasnya.
Wahai pemuda, usahlah hanyut lagi dalam cinta lalai yang tidak pasti. Walaupun kau bertazkirah dan berkhutbah di dalamnya. Realitinya, kau dan dia masih tidak halal atau dalam kata lain HARAM ! , fitnah dan ibtila' apa lagi yang tidak akan melanda dalam perhubungan sebegitu? Jadilah mukmin yang tenang menunggu kepastian. bukan gopoh menurut perasaan.
Wahai pemuda, sedarlah hakikat agama. Kau takkan mampu tenang tanpa agama. Apa yang kau turuti adalah hawa nafsu. Jika Allah pemilik segala keselamatan dan kehidupan yang baik, mengapa begitu pasti dengan nafsu, kau mampu mendapat hidup yang baik? Ikutlah agama ini. Berhentilah dari menodai nafsu, apa yang haram kau ambil dan sentuh dari wanita, tinggalkanlah. Jangan lagi cuba menyentuh apa yang belum layak kau sentuh. Hakikatnya, kau sedang merosakkannya. Apa yang ada tinggalkanlah. Sejak bila Allah menciptakan manusia tanpa jodoh. Kalau tidak ketemu di dunia pasti di akhirat. Percepatkanlah taubat. Dan sesali lah dosa. Jika mengambil gambar dapat mengenang memori masa dulu. Kita mampu tersenyum melihat foto-foto lama. Maka mampukah kita tersenyum melihat tayangan di akhirat, jika foto terakhir kita dalam keadaan dosa ma'siat yang memalukan. Na'uzubillahi min zalik. Tenanglah wahai pemuda. tenanglah dengan agama. Carilah sahabat yang soleh. Belajarlah Quran dan beribadahlah selalu. Kehidupan yang terbaik, sungguh disisi Allah bukan disisi hawa nafsu yang anda turuti !

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu Syurga.
قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.
[3:14-15]
5. Cinta manusia v cinta tuhan manusia
Mencintai manusia selalu mengecewakan. Kerana manusia lemah dan tidak tahu. Kadangkala kita memberikan semangkuk madu , mungkin kita dibalas semangkuk racun pula. Maka cinta manusia terhadap manusia adalah sangat rapuh dan kadangkala penuh hipokrit. Mungkin kita akan menjumpai cinta sejati, yang dapat menyayangi dengan sebaiknya. Menjaga dan sudi berkorban jua untuk diri kita. Akan tetapi sayangnya yang namanya itu manusia tidak pula kekal. Maka cinta itu pasti tidak kekal. Samada dia dijemput pergi oleh tuhan atau hilangnya perasaan. Cinta manusia cinta yang rapuh dan sementara.
Tetapi...
Tuhan yang bernama Ar-rahman, Ar-Raheem, Al-Hannan. Yang sangat mencinta. Tuhan sangat-sangat menyayangi hambanya. Kalau seorang ibu terlalu tinggi kasih pada anaknya, cinta Allah pula terhadap hambanya lebih dahsyat dan hebat dari itu. Cintanya pula kekal dan tidak akan berhenti kerana tuhan tidak pernah tidur apatah lagi leka. Dia sentiasa terjaga maka dia sentiasa mencinta. Jadi, tidak ada pencinta yang lebih tinggi dan hebat selain Allah. Dia akan mencintaimu dengan lebih dahsyat sungguh bila kau mencintainya. Sekali kau datang hampir padanya, berlari pula ia padamu.

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghapd kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim)
Hati manusia sentiasa berbolak balik. Ia tidak statik. Bila seseorang melafazkan "aku cintakanmu" lafaz itu boleh berubah kepada "aku membencimu" pada esok harinya. Ini kerana Manusia tidak ada konsistensi perasaan. Berapa ramai orang yang menyerahkan hatinya pada kekasih, mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Manusia sangat culas menjaga hati. Jangan serik dikecewa jika menyerahkan hati kepada yang lemah.
Tetapi..
Tuhan Al-muqallibal Qulub, dia pemilik hati dan pengawal hati yang senantiasa berbolak balik. Realitinya, tiada manusia yang memilik hatinya. Manusia hanya meminjam. Tuhan lah pemiliknya. bila kau serahkan hati pinjaman itu padanya. Dia takkan mensia-siakan. Akan dijaga dan dibimbing sebaiknya. Dia mengajar kita untuk menghalusi hati dengan ayat-ayatnya yang bermu'jizat dan memberikan cinta fitrah yang membuatkan hidup terasa begitu tenang dan cukup. Walau besar mana jenayah kau telah lakukan, pintu kembali sentiasa terbuka. Selagi mana kau masih hidup. Tuhan sentiasa menyayangimu walau beribu dosa telah kau turutkan. Walau terkadang dia jua akan murka padamu, tetapi hakikat kasihnya, sifat rahman nya jauh mengatasi murkanya. Maka jika kau sudi serahkan hati itu pada pemiliknya. Kau tidak akan kecewa lagi.

قَالَ اللهُ تَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي، غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ، لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي، غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا، ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئاً، لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً رَوَاهُ التَّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Manusia mampu mendengar masalah kita, Yang simphaty akan turut bersedih dan merasa duka, yang lebih empathy akan membantu pula sepanjang perjalanan. Namun kemampuan manusia terhad. kudratnya pula lemah. Bila dia mendengar rintihmu, dia boleh mendengar dan membantu tapi sejauh mana kah dia mampu? Pilu dan sedih emosi tidak boleh dibahagi-bahagi. Ia beban taklif yang ditanggung sendiri. Sedarlah, bahawa Akhirnya kau tetap berjalan seorang.
Tetapi..
Tuhan yang bersifat Al-mujibas-sailin.. Dia menjawab panggilanmu, mendengar rintihan mu, dan membantu sepanjang perjalananmu, apa yang diberi semua demi kebaikanmu. Dia pemilik kerjaan langit dan dunia. Maka untuk urusan kecilmu dia mampu mengangkat sedihmu sekelip mata dan menerbangkan pilumu dalam sekilas cuma. Kuasanya tidak pernah terhad. Melangkau luas angkasa raya. Dan dia tak pernah mengecewakan menjadi pendengar dan penjawab. cuma manusia yang terlupa bila tuhan mendengar dan bila tuhan menjawab. Bila? Ianya terjawab dalam ayat ini.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku menjawab permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[2:186]
Manusia suka menabur harapan. Harapan pada cinta, harpan pada keluarga, harapan pada kerjaya, harapan jua yang ditabur dimedan politik. Kerna manusia akan terus berjalan dan berlari dengan harapan. Tapi bilamana harapan yang dijanjikan tidak ditunai, kita merasa sangat canggung hati, terasa ditipu dan ditikam. Hipotesis saya, Belum tentu harapan manusia akan menjanjikan kita bahagia.
Tetapi..
Harapan pada tuhan akan membuatkan kita terarah. Hidup akan berubah dan sihat. Menuju kepada harapan tuhan membuatkan hari-hari begitu positif. Kita tidak akan kecewa untuk berharap ke syurga di hari akhirat. Kita tidak akan kecewa berharap redha Allah. Dan tuhan pula akan sentiasa menyambut harapan kita dengan dokongan dan bantuan. Dia takkan membiarkan kita berjalan seorang. Walaupun secara nyata dia tidak akan menzahirkan zatnya. Tapi dia akan menghantar bantuan-bantuan yang tidak kau sangka-sangka hanya kerna kau melanjutkan harapan padaNya. Jangan pernah berhenti mengharap pada tuhan.

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.
[18:110]
6. Bercintalah !
Kesimpulan bagi tulisan ini, Janganlah serik untuk bercinta. Kerana kuasa cinta mampu buat insan jadi luarbiasa. Serahkan cinta kita pada pemiliknya terlebih dulu. Dengan itu kita takkan kecewa lagi. Sedarlah bahawa segala cinta ke atas setiap apa yang ada di dalam muka bumi ini bersifat sementara dan akan musnah tetapi Cinta agung Allah rabbul-izzati sahaja yang kekal. Janganlah memilih cinta atas dasaran nafsu. Pagarilah cinta terhadap manusia pula dengan syariat, kerna satu-satunya kehidupan yang selamat adalah dengan mengikuti segala syariat Allah s.w.t. Tuhan telah lama menunggu cinta berbalas. Dia tidak mudarat jika kita tidak membalas cinta nya. Tapi kita pula yang akan mudarat teruk bila tidak menyahut cintaNya. Kerana hakikatnya kitalah hambaNya yang lemah. Sudahlah lemah sombong pula. Tetapi sedarlah diri kita lebih kuat dari yang kita sangka. Cinta dan kasih kepada tuhan sentiasa tergetus dalam hati kita. Degupan dan jentikkan itu sentiasa ada. Dengarlah bisikkan hati kita untuk kembali kepada tuhan. Mengamalkan ajaran Islam ini dengan penuh penghayatan. Kita akan bahagia dengannya.
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[3:31]

Bagus bagus.. jgn berhenti utk menulis ye..
BalasPadamawesome ^^
BalasPadam